Thursday, July 28, 2011

PAVLOVA


Ni diaaa Pavlova (kata nyerrr!!)...pencuci mulut...amat manis sekali...so mana tak gemar manis bebenor tuh..kalau nak try buat sila kurangkan dos gula dalam resepi yer..100grm saya buat pun still menanah gigi rasa manis nyerrr...agak-agak dalam 75grm ok kott...Rupa Pavlova macam ni lah..kat luar garing, dalam tuh macam gula kapas or mashmellow...sedapp ler makan, kena pulak dengan krim and fruits...hiasan buah kat atas tu terpulang lah nak guna fresh fruits atau buahan dalam tin...saya guna buah peaches...i likeee!!!

Bahan-bahan

4 lbiji (120 grams) telur putih
1 cawan (200 grams) gula kaster
1/2 sudu kecil vanilla esen
1 sudukecil cuka makanan
1/2 sudu makan tepung jagung

Topping:

1 cup (240 ml) whipping cream
1 1/2 sudu makan (20 grams) gula icing
1/2 sudu kecil vanilla esen

Cara membuat krim
  1. Pukul krim dengan gula dan vanilla sehingga kembang.
Bahan lain
Buah segar- markisa, kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, pic, nanas dan lain-lain buah mengikut kesukaan anda


Cara membuat
  1. Pukul putih telur sehingga setengah kembang. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan guka semuanya telah hancur.
  2. Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
  3. Tuangkan atas kertas minyak dan bentukkan bentuk kubah selebar lebih kurang 18 cm diameter.
  4. Bakar dalam oven sepanas 130 darjah C selama lebih kurang 1 jam. Tuttup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk.
  5. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar.


1 comment: